Pelancaran Portal Dokumentasi oleh Q-Brainsters



Ahli Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Pulau Pinang (APB UiTMCPP) atau lebih dikenali sebagai Q-Brainsters terdiri daripada pensyarah-pensyarah bahasa Inggeris, bahasa Jerman dan bahasa Jepun dari Akademi Pengajian Bahasa yang telah dipilih oleh Rosmaliza Mohamed selaku Ketua Pusat Pengajian.

Projek Portal Dokumentasi (POD) diketuai oleh Nur Afiqah Ab. Latif. Beliau dibantu oleh Che Nooryohana Zulkifli sebagai setiausaha. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada Dr Mah Boon Yih, Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim. Portal ini dibangunkan dan direkacipta oleh Dr Mah Boon Yih dengan menggunakan Blogger sebagai platform teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan pengunjung portal. Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim pula ditugaskan untuk mengumpul, menyusun dan menyumbang kepada isi kandungan portal tersebut.

Disunting oleh: Boon Yih Mah

Comments

  1. Portal yang sangat bermanfaat untuk individu yang terlibat secara langsung dengan penulisan surat rasmi, juga bagi mereka yang inginkan maklumat asas komunikasi seperti penggunaan sistem panggilan yang betul.

    ReplyDelete
  2. Nor Sarizal20/7/18 9:14 pm

    Terima kasih dan syabas kumpulan Q- Brainsters! portal ini sangat membantu saya dalam penulisan surat rasmi.

    ReplyDelete
  3. Hakim Hafiz21/7/18 6:53 am

    Semoga kumpulan ini menempa kejayaan. Ketua kumpulan memang berpotensi untuk menjayakan apa-apa projek yang ditugaskan.

    ReplyDelete
  4. Nabila Abd Rahman21/7/18 9:07 am

    Tahniah diucapkan kepada kumpulan Q-Brainsters! Portal ini sangat sangat membantu dalam memberi panduan dokumentasi yang jelas dan tersusun untuk penyediaan sebarang urusan surat rasmi. Ditambah dengan contoh contoh kertas kerja yang dilampirkan juga bakal memberi cetusan idea untuk saya menyediakan kertas kerja dan program yang berimpak tinggi. Terima kasih Q-Brainsters!

    ReplyDelete
  5. Norazuaniza21/7/18 11:01 am

    Tip-tip penulisan surat dan glosari di portal ini dapat membantu saya menulis surat dengan lebih baik dan juga boleh ditambahbaik dengan memuatkan juga tips penulisan dalam bahasa inggeris

    ReplyDelete
  6. A very useful website which I can refer to whenever I'm confused on how to write a formal letter.

    ReplyDelete
  7. Hanim Idris21/7/18 10:14 pm

    Dengan bantuan portal ini, penulisan surat rasmi saya menjadi lebih mudah.

    ReplyDelete
  8. Syabas. Portal yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. Ummuzarafirdaus24/7/18 5:01 pm

    Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berusaha untuk menghasilkan portal ini. Diharapkan agar portal ini dapat menjadi rujukan dalam penulisan surat-surat rasmi saya pada masa yang akan datang. Teruskan usaha kalian! Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih!!! portal ini membantu saya.

    ReplyDelete
  11. Betul. Sangat membantu. Mudah kerja

    ReplyDelete

Post a Comment