Posts

Showing posts from July 23, 2018

Pelancaran Portal Dokumentasi oleh Q-Brainsters

Image
Ahli Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Pulau Pinang (APB UiTMCPP) atau lebih dikenali sebagai Q-Brainsters terdiri daripada pensyarah-pensyarah bahasa Inggeris, bahasa Jerman dan bahasa Jepun dari Akademi Pengajian Bahasa yang telah dipilih oleh Rosmaliza Mohamed selaku Ketua Pusat Pengajian. Projek Portal Dokumentasi (POD) diketuai oleh Nur Afiqah Ab. Latif. Beliau dibantu oleh Che Nooryohana Zulkifli sebagai setiausaha. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada Dr Mah Boon Yih, Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim. Portal ini dibangunkan dan direkacipta oleh Dr Mah Boon Yih dengan menggunakan Blogger sebagai platform teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan pengunjung portal. Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim pula ditugaskan untuk mengumpul, menyusun dan menyumbang kepada isi kandungan portal tersebut. Disunting oleh: Boon Yih Mah

Kajian Tinjauan Masalah-masalah dalam Penulisan Surat Rasmi dan Dokumentasi

Image
Untuk mendapatkan kepastian dan bukti kukuh berkenaan masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh para pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam urusan penulisan surat rasmi dan dokumentasi, pihak Q-Brainsters telah menjalankan kajian tinjauan masalah yang melibatkan 30 orang pensyarah jabatan tersebut. Kajian dilakukan dengan mengedarkan borang soal-selidik kepada para responden berkenaan. Borang soal-selidik ini mengandungi 40 soalan (item) yang disusun mengikut 5 topik permasalahan penulisan surat rasmi iaitu: 1) Format surat rasmi, 2) Gaya bahasa surat rasmi, 3) Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat rasmi, 4) Aliran pergerakan surat rasmi, dan 5) Kesan-kesan kesilapan dalam penyediaan surat-menyurat bagi urusan rasmi. Metod pengumpulan data dilaksanakan dengan mengedarkan borang soal selidik secara maya melalui “google form” untuk dijawab secara atas talian seperti yang terdapat pada pautan ini.  Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS