Penggunaan Tanda Baca
Tanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca. Dalam tulisan rumi dan Jawi bahasa Melayu, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap. Penggunaan tanda baca adalah seperti yang berikut.
Tanda Koma ( , )
1. Tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.
- Memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan.
- Bendera itu berjalur merah, putih dan biru.
- Tanda koma hendaklah digunakan sebelum “dan", "atau”, dan "serta" yang diikuti dengan frasa.
- Kata bantu aspek menerangkan sama ada sesuatu perbuatan itu belum, sedang, atau sudah dilakukan.
- Memisahkan unsur nombor yang berurutan.
- Sudah tiga kali ia membilang dua puluh, tiga puluh, empat puluh, lima puluh, hingga ke seratus.
- Memisahkan pembilangan dan pengulangan.
- Satu, dua, tiga
- Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang.
- Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis!
- Memisahkan beberapa ayat setara.
- la merebahkan diri di atas katil, lalu tidur.
- Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di hujung katil.
- Memisahkan kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat lnduk.
- Tidak dibenarkan masuk, kecuali dengan urusan.
- Memisahkan basis-baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga.
- Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga;
- Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
- Memisahkan baris-baris syair.
- Orang bermain luar dan dalam, Tidak berhenti siang dan malam, Riuh negeri Duli Syah Alam, Gong dan gendang sulam-menyulam.
- Memisahkan bahagian awal ayat dengan petikan langsung.
- Katanya, “Saya akan datang pada hari Isnin.”
- Memisahkan klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang).
- Untuk menyiapkan projek itu, mereka memerlukan masa yang panjang.
- Memisahkan klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk.
- Oleh sebab pegawai yang ditugaskan itu bercuti agak lama, laporan itu tidak dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan. Sejak kecil lagi, ia tidak pernah berpisah daripada ibunya. Walaupun ada tanda akan berlaku ribut, nelayan itu keluar juga ke laut. Mudah-mudahan diberkati Allah, tunaikan tugas dan tanggungjawabmu dengan ikhlas dan jujur. Dengan berperahu layar, mereka berjaya mengelilingi dunia.
- Memisahkan kata seru di hadapan ayat induk.
- Aduhai, seksanya badan yang menanggung rindu!
- Memisahkan kata pangkal ayat daripada bahasa asing di hadapan ayat.
- Alhamdulillah, semuanya telah selamat.
- Memisahkan kata seru dengan nama khas di hadapan ayat induk.
- Hai Jebat, padanlah engkau membunuh orang yang beratus-ratus ini!
- Memisahkan nama khas atau judul pendahuluan lain di pangkal ayat induk.
- Tuan Pengerusi, apakah keputusan mesyuarat yang lalu?
- Memisahkan ayat induk daripada judul pendahuluan di akhir ayat.
- Apakah keputusan mesyuarat yang lalu, Tuan Pengerusi?
- Memisahkan kata pembenar di pangkal ayat.
- Benar, pelajar itu tidak bercakap bohong.
- Memisahkan kata pangkal ayat sebagai kata pra- klausa.
- Hatta, baginda pun belayarlah dengan senang hati.
- Pegawai itu berkata, kajian akan dibuat segera.
3. Selepas kata hubung pangkal ayat.
- Masalah itu tidak akan dapat diselesaikan oleh penduduk desa itu sahaja. Oleh itu, pihak berkuasa perlu campur tangan. Sungguhpun begitu, kita patut membantu dan bekerjasama dengan mereka. Jadi, saudara-saudara tidak harus berasa bimbang dan takut.
4. Sebelum kata hubung tertentu di akhir ayat.
- Ada empat orang lagi yang terlibat dalam peristiwa itu, sebenarnya.
5. Selepas kata hubung di pangkal ayat kedua dalam ayat yang disatukan dengan tanda koma bertitik.
- Dia sudah berlepas dahulu; padahal, kita telah berjanji akan berangkat bersama-sama.
6. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang menjadi penjelasan lanjut kepada frasa akhir dalam ayat induk.
- Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Saga merah.
- Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
7. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan “iaitu”, “yakni”, “misalnya”.
- Dia dilahirkan di Kedah, bukan di Melaka.
8. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang membaca erti pengkhususan.
- Harga barang-barang keperluan yang tidak dikawal didapati melambung tinggi, terutamanya pada musim perayaan.
9. Tanda koma berfungsi sebagai unsur pengapit.
- Mengapit aposisi keterangan subjek.
- Rakyat yang setia kepada negara ini, tidak kira asal dan keturunannya, akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa.
- Mengapit aposisi keterangan predikat.
- Umat Islam mempertingkatkan amal ibadat dalam bulan puasa, bulan yang mulia ini, supaya mendapat keredaan Allah.
- Mengapit aposisi keterangan objek tepat dan objek sipi ayat aktif.
- Menteri Pendidikan telah menghadiahkan 30 buah kamus, semuanya sumbangan DBP, kepada sekolah tersebut.
- Mengapit aposisi selepas subjek dengan “itu”, “ini”, “tersebut”.
- Seminar yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri itu, berlangsung selama dua hari sahaja.
- Mengapit aposisi selepas “dan”, “atau”, “tetapi ”.
- Duit syiling itu jatuh dan, sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang.
- Mengapit aposisi yang bermula dengan “atau ” sebagai kelainan cara menyatakan makna bagi subjek.
- Kebanyakan penyakit barah, atau yang kini disebut “kanser”, sangat berbahaya dan perlu dicegah dari awal.
- Mengapit aposisi “dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”.
- Sayur kobis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.
- Mengapit aposisi keterangan objek dalam ayat.
- Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, yang tidak memiliki kad pengenalan telah ditahan dalam operasi itu.
- Katanya, “Besok kita pulang.”
11. Menunjukkan ada perkataan yang telah dihilangkan.
- Ayahnya berasal dari Kedah Darul Aman; emaknya, Selangor Darul Ehsan.
12. Menceraikan ayat keliru.
- Perempuan itu seolah-olah amanah Tuhan kepada lelaki, yang wajib dijaga dan dihormati.
13. Memisahkan baris-baris dalam alamat surat-menyurat.
- Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.
14. Memisahkan nombor indeks penerbitan.
- dua objek 145, 148, 155
- kausatif 138, 140, 148, 157, 159
Tanda Noktah ( . )
1. Noktah digunakan seperti yang berikut:
- Di akhir setiap ayat lengkap.
- DBP ialah sebuah institusi yang bertanggungjawab memperkembang bahasa dan sastera Melayu.
- Di akhir ayat perintah atau suruhan yang kadang-kadang terdiri darlpada satu kata sahaja.
- Berhenti. Jangan buang sampah di sini.
- Penanda ayat tanya yang berbentuk retorik, yang tidak memerlukan jawapan.
- Mengapa kita tidak meneruskan perbincangan ini lebih lanjut lagi.
- Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.
- Dia bertanya siapakah nama saudara.
- Kependekan nama.
- T.S. Lanang
- M.N. Azam
- Selepas setiap nombor senarai.
- Buah-buahan tempatan yang dieksport ialah: 1. Nanas. 2 Betik.
- Memisahkan angka ringgit dan sen.
- RM3.70
- Sebagai tanda perpuluhan atau pecahan.
- 2.5 peratus
- 5.5 juta 5.2 x 1.05
2. Dalam bidang matematik ada sejenis tanda titik yang letaknya di tengah, yang disebut hasil darab skalar. Ini harus dibezakan penulisannya daripada titik perpuluhan. Di dalam teks Arab pula, koma digunakan untuk perpuluhan.
1. Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi berikut:
- Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat.
- Segala impiannya - wang, nama dan kuasa - kini, musnah akibat perbuatannya sendiri.
- Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya - sedih, gembira, marah, kesat.
- Menunjukkan aliran fikiran penulis, atau pembicara, yang diganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.
- Semasa saya di kampung dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung.
- Sebaik-baik sahaja kamu sampai di Labuan - saya pasti pelayan itu selamat - harap hubungi saya.
- Menggantikan perkataan “hingga”.
- Jun - Oktober
- Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 - 1980.
Tanda Sempang (-)
1. Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Antara fungsinya ialah:- Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan.
- K-a-m-p-u-n-g bukan K-a-m-p-o-n-g
- T-o-n-t-o-n dan t-u-n-t-u n mempunyai makna yang berlainan.
- Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
- “M m-maksud saya begitulah,” katanya dengan gagap.
- Memisahkan angka yang berbeza fungsi.
- 03-2481 011 3016280 07-1
- Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.
- Indo-Belanda Anglo-China
- Menunjukkan kata ganda.
- beribu-ribu
- pelajar-pelajar
- anak-anak kecil
Tanda Elipsis ( ... )
1. Elipsis ialah tiga titik (...) yang mempunyai jarak biasa dengan fungsi yang berikut:
- Menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks.
- Pengguguran di bahagian awal ayat.
- ...bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis. Dan perbezaan ini menjangkau lebih daripada institusi-institusi, bentuk ekonomi, yang mengajar kita menganggap apakah suatu sistem itu kapitalis atau bukan.
- Pengguguran di bahagian akhir teks.
- Bagi pengguguran selepas ayat lengkap, tanda titik pertama ialah tanda noktah bagi ayat berkenaan. Tiga tanda titik berikutnya menunjukkan petikan yang digugurkan dengan penjarakan di antara tanda noktah akhir ayat dan elipsis.
- Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah. ... menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.
- Pengguguran di bahagian awal dan di bahagian akhir teks.
- ...Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya... (Surah al-Talaq 65: 2-3)
- Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan sebagainya.
- Anak kecil itu baru belajar mengira 1, 2, 3, ...
- Menandakan hentian sebentar dalam pengucapan, atau penyampaian idea yang tidak lancar.
- Siapkan laporan itu ... hari ini juga. Kemudian ... beri satu salinan kepada ... Ali.
Tanda Titik Bertindih (:)
1. Tanda titik bertindih memenuhi fungsi berikut:
- Memperkenalkan atau menambah keterangan.
- Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja-kerja berikut: Sunting manuskrip saya hingga siap. Uruskan semua ilustrasinya, Sediakan manuskrip yang lain untuk percetakan.
- Memisahkan:
- Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
- Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan
- Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau fllem.
- Atap Genting Atap Rembia 2:3 (bermaksud adegan 2, babak 3)
- Nombor surah daripada nombor ayat dalam al- Qu’ran.
- Al-Baqarah 2:29 (bermaksud surah 2, ayat 29).
- Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
- Ensiklopedia Pelajar 2:5 (bermaksud jil. 2, hlm. 5)
- Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan bagi majalah.
- “Pembinaan Bangsa melalui Dasar Bahasa Kebangsaan” dlm. Dewan Budaya 8:6:13. (bermaksud ji1. 8, bi1. 6, lilm. 13) Dewan Masyarakat 3:12. (bermaksud bil. 5, hlm. 12)
- Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan.
- Muhammad Hj. Salleh, 1990:2. (bermaksud thn. 1990, hlm. 2)
- Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan bibliografi.
- Anuar Abd. Wahab, 1989. Silat Olahraga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Menunjukkan nisbah.
- Tanda titik bertindih digunakan untuk menunjukkan nisbah. Jarak di antara angka dan lambang nisbah hendaklah sesuai.
- Bagi pokok buah-buahan yang dewasa, nisbah baja NPK yang sesuai ialah 12:12: 17.
- Nisbah murid dengan guru bagi peringkat ini sepatutnya 20:1.
Sumber rujukan: Gaya Dewan Edisi ke-3, penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Disediakan oleh: Noraziah Mohd Amin