Posts

Pelancaran Portal Dokumentasi oleh Q-Brainsters

Image
Ahli Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Pulau Pinang (APB UiTMCPP) atau lebih dikenali sebagai Q-Brainsters terdiri daripada pensyarah-pensyarah bahasa Inggeris, bahasa Jerman dan bahasa Jepun dari Akademi Pengajian Bahasa yang telah dipilih oleh Rosmaliza Mohamed selaku Ketua Pusat Pengajian. Projek Portal Dokumentasi (POD) diketuai oleh Nur Afiqah Ab. Latif. Beliau dibantu oleh Che Nooryohana Zulkifli sebagai setiausaha. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada Dr Mah Boon Yih, Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim. Portal ini dibangunkan dan direkacipta oleh Dr Mah Boon Yih dengan menggunakan Blogger sebagai platform teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan pengunjung portal. Melati Desa, Noraziah Mohd Amin dan Raja Rosila Raja Berahim pula ditugaskan untuk mengumpul, menyusun dan menyumbang kepada isi kandungan portal tersebut. Disunting oleh: Boon Yih Mah